Friday, October 21, 2011

punca dan cara mengatasi sikap malas

tunang aku ni seorg yg malas nak g keje...so aku search tat google coz nk tlg dia...

aku post kt fb ni sbb nak tlg org lain  yg ad penyakit sama mcm dia ni...

                                                             sekadar gambar hiasan..
Anda seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.


Malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan. 
Dalam konteks kesihatan pekerjaan, malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti. 

Subjektif 

Malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu. Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas. 

Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan 5 kerja dalam seminggu. 

Punca Malas 

Daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam 2 keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan. 



Kekurangan Hormon Tiroid

Memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan.

Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.

Penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.

Kesan Ubat-ubatan

Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas. Kurang daripada 5% pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal. 




Faktor Sekeliling 

Depresi atau stress juga boleh mendorong kepada rasa malas. 

Contohnya, seseorang pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas. Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan. 

Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas. Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan. Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya. 

Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan. 


Suka Bertangguh 

Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa. 

Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25% daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya 5% pada tahun 1978. 

2 Kategori Malas 

Terdapat 2 kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara. 

Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku? Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan. 

Mengatasi Malas 

Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat. 

Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan. Interaksi yang wujud antara bos dan para pekerja mampu mendorong kepada peningkatan produktiviti. 


Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.

Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus.

Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.

Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?

Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur 7 tahun. Jika pada umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat.
 

No comments:

Post a Comment